FAQ
Frequently asked questions.
FAQ RUU KAWALAN PRODUK TEMBAKAU DAN MEROKOK SERTA PELAKSANAAN GEG
1. Apakah kandungan utama dalam RUU & GEG ini?
Terdapat dua komponen utama kawalan di bawah RUU ini:
1) Kawalan Produk Berisiko:
1. Tembakau dan hasil tembakau
2. Cecair rokok elektronik
3. Produk pengganti tembakau
2) Larangan merokok kepada kumpulan generasi yang lahir pada 1 Januari
2007 dan seterusnya atau dikenali sebagai Generasi Penamat (Generational
End Game, GEG)
2. Apakah perubahan daripada Bacaan Kedua RUU yang lepas?
Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut dinamakan:
JAWATANKUASA PILIHAN KHAS MENIMBANG RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN PRODUK TEMBAKAU DAN MEROKOK 2022.
Justeru, beberapa persidangan Jawatankuasa Pilihan Khas ini telah diadakan dan akhirnya memuktamadkan beberapa syor berikut yang mesti dipinda terhadap RUU:
1) Nama dan permulaan RUU
Dipinda bagi menggambarkan ‘kawalan produk merokok demi kesihatan awam’
2) Isu Perlembagaan Persekutuan
JK bersetuju bahawa pelaksanaan GEG tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan (Perkara 5(1): Kebebasan diri dan Perkara 8(1): Kesamarataan) selaras dengan pandangan pakar-pakar perundangan.
3) Larangan merokok atau memiliki produk merokok bagi orang yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya
Larangan menghisap sebarang produk merokok dikekalkan.
Larangan pemilikan digugurkan.
Denda dikekalkan, denda RM 5,000.00 dipinda kepada RM 500.00
Kesalahan dikekalkan sebagai kesalahan boleh kompaun
Perintah Khidmat Masyarakat diperkenalkan
Penguatkuasaan Pendidikan dijalankan bagi tempoh tertentu yang ditetapkan
4) Pengasingan akta bagi produk alternatif tidak mudah terbakar (noncombustible alternatives)
Tidak perlu diasingkan dan dikekalkan di bawah RUU.
5) Bahagian IX berkenaan Isu Penguatkuasaan
Kuasa penguatkuasaan dihadkan bagi tujuan pengilangan, pembungkusan, penyimpanan, penyerahah, pengedaran atau penjualan produk tembakau dsb.
Kuasa penguatkuasaan bagi memasuki premis tanpa waran dikecualikan bagi rumah tempat tinggal.
3. Kenapa RUU & GEG ini penting dan mesti dibentang serta diluluskan?
Kawalan tembakau dan hasil tembakau semasa adalah hanya di bawah seksyen 36 Akta Makanan 1983, Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.
Namun, peruntukan (punca kuasa) di bawah Akta Makanan ini tidak membolehkan kesemua saranan WHO FCTC dilaksanakan menerusi keadah legislatif. Seksyen 36 Akta 281 hanya memperuntukan kawalan tembakau sahaja. Produk
merokok yang menggunakan selain daun tembakau seperti rokok elektronik, vape tidak dapat dikawal. Oleh itu, kawalan terhadap semua segmen dan jenis produk merokok termasuk rokok elektronik akan dapat dilaksanakan jika RUU ini diluluskan.
Tambahan pula, susulan rancangan kerajaan dalam Belanjawan 2023 untuk mengenakan duti eksais ke atas produk atau cecair bagi rokok elektronik dan vape, maka pencukaian ini hanya boleh diimplementasikan selepas RUU ini berjaya
digubal oleh Parlimen kerana kerajaan tidak boleh mengutip cukai daripada sesuatu yang tidak sah.
4. Adakah majoriti rakyat menyokong?
Tidak dinafikan lagi majoriti besar rakyat menyokong RUU dan GEG ini dilaksanakan. Sepatutnya tiada isu tentang sokongan terhakis, hilang undi atau akan ditentang rakyat terutamanya dalam pilihan raya akan datang.
Kajian oleh NST pada tahun 2020 di platform Instagram menunjukkan 75% menyokong, manakala di platform Twitter pula 82% menyokong. Kajian oleh Malaysian Green Lung Association secara atas talian pada 2022
menunjukkan:
- Daripada 982 responden, 97.2% menyokong
- Daripada 457 responden muda (18-24 tahun), 95% menyokong.
- Daripada kalangan perokok dan vaper, 89% menyokong.
Kajian oleh KKM di kalangan lebih 47000 murid sekolah pada tahun 2022 membuktikan 97.6% menyokong.
Sokongan warga kesihatan awam dan swasta serta NGO-NGO perubatan dan kesihatan juga sangat besar terhadap usaha ini. Sebaliknya, satu-satu pihak adalah lebih berisiko mendapat tentangan majoriti rakyat sekiranya tidak melaksanakan
RUU dan GEG ini
5. Apakah itu GEG dan tujuannya?
GEG merujuk kepada generasi yang dilahirkan pada 1 Januari 2007 dan seterusnya
di mana mereka tidak boleh membeli dan menggunakan sebarang produk merokok
termasuk rokok elektronik atau vape.
Tujuannya – Menjelang tahun 2040, negara berhasrat untuk:
i. Menurunkan prevalens merokok kurang daripada 5%
ii. Menamatkan penjualan komersil prosuk tembakau dan merokok
iii. Budaya merokok menjadi asing dalam masyarakat
iv. Generasi baru tidak lagi terdedah kepada budaya merokok
6. Bagaimana GEG beperanan menurunkan kelaziman merokok?
Apabila generasi GEG sudah tidak boleh merokok, sumber perokok baru akan terputus. Maka, tiada lagi perokok baru direkrut. Lama kelamaan, bilangan perokok akan dapat berkurangan tahun demi tahun.
Budaya merokok ini buat generasi baru juga akan menjadi asing dan pelik.
7. Adakah GEG akan meningkatkan aktiviti penjualan rokok tidak sah
Tidak. Sebaliknya dengan adanya GEG, pasaran rokok tidak sah akan semakin menurun.
pabila merokok diharamkan untuk generasi GEG, bilangan perokok akan menurun dengan sangat signifikan, maka permintaan terhadap rokok juga akan berkurangan.
Akhirnya, pasaran gelap akan merundum lantaran tidak lagi mempunyai bilangan perokok yang ramai untuk disasarkan
8. Perokok sedia ada tidak boleh membeli rokok jika GEG dilaksanakan?
Dasar GEG hanya berkuatkuasa terhadap generasi yang dilahirkan pada tahun 2007 dan seterusnya sahaja. Maka, tiada isu untuk perokok sedia ada untuk terus merokok atau vaping sehingga akhir hayat atau sehingga dia berhenti selama-lamanya.
Walaubagaimanapun, perokok sedia ada juga tidak akan diabaikan. Mereka akan sentiasa disantuni agar dapat berhenti daripada tabiat merokok atau vaping tersebut selama-lamanya
9. Apakah beza antara larangan merokok GEG dan larangan merokok sedia ada bagi mereka yang di bawah 18 tahun?
Manakala dalam undang-undang sedia ada, larangan membeli dan merokok hanya ketika mereka sedang berumur di bawah 18 tahun sahaja tetapi tidak lagi selepas mereka sudah mencapai 18 tahun.
Peraturan semasa seperti ini tidak akan dapat mewujudkan generasi akan datang yang bebas daripada amalan merokok atau vape kerana golongan muda ini akan sentiasa direkrut untuk menjadi perokok baru bahkan proses rekrutment itu berlaku sebelum mereka mencecah umur 18 tahun lagi
10. Apakah GEG akan menjejaskan perniagaan premis makan?
Maka, tidak ada kena mengena yang GEG akan menjejaskan perniagaan premis makan.
Selain daripada itu, sumber pendapatan premis makan bukannya bergantung kepada jualan rokok tetapi kualiti makanan yang disediakan, perkhidmatan yang diberikan dan harga yang ditawarkan.
11. Apakah GEG mengurangkan hasil cukai negara? Atau menguntungkan?
produktiviti rakyat pula akan semakin meningkat.
Tahukah anda, kos rawatan untuk mengubati penyakit-penyakit akibat tabiat merokok kini mencecah RM 6.2 billion berbanding hasik kutipan cukainya, iaitu hanya RM 2.6 billion? Kos rawatan EVALI, satu penyakit akibat penggunaan rokok elektronik juga tinggi.
Justeru, secara keseluruhannya, pelaksanaan GEG akan menguntungkan negara.
12. Adakah GEG akan mencabuli hak seseorang untuk merokok?
Masyarakat mesti memperjuangkan hak untuk hidup mendapat tahap kesihatan yang tinggi bukannya hak untuk merokok. Merokok bukan sahaja memudaratkan kesihatan diri perokok, malahan asap rokok juga akan merosakkan orang di
sekeliling yang terdedah